Monday, May 30, 2011

Kejohanan Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan (Sukan Sepaktakraw)

Untuk makluman USPTN Melaka telah menghantar pasukan untuk menyertai Karnival Pelapis 01/2011 yang diadakan pada 10 hingga 16 Mei 2011 di Kota Bharu, Kelantan.

Pasukan Sepaktakraw Melaka telah menyertai pertandingan tersebut dengan melibatkan ketagori regu bawah 21 dan 18 tahun serta ketagori double bawah 21 tahun.

Keputusan bagi pasukan Melaka iaitu Melaka telah berjaya memperolehi 1 pingat Perak dalam acara regu bawah 18 tahun yang diwakili pemain seperti Sahidan Md Ali (tekong), Mohd Azwan Abdullah (apit kanan) dan Mohd Akmal A. Karim (apit kiri) apabila tewas kepada pasukan Johor dengan mata 2-1.

Manakala ketagori double 21 tahun kalah diperingkat sukuakhir dan regu bawah 21 tahun kalah diperingkat kumpulan.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman (PPN Sepaktakraw)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemantauan Latihan Sukan Sepaktakraw Melaka

Tarikh Pemantauan: 29 Mei 2011
Masa: Jam 6.00 petang
Tempat: Dewan MSN SMK Seri Kota, Melaka

Laporan:

Latihan seperti biasa dan dilatih oleh En. Abu Basrah dan Hj. Zulkifli. Sepanjang sesi pemantauan, Jurulatih menekan sesi latihan tubi, servis bagi tekong dan lipatan dan kawalan untuk apit kanan dan kiri. Sebelum sesi latihan tamat, Jurulatih menyesuaikan pemain dengan sistem kiraan baru yang di kuatkuasakan oleh PSM mulai bulan Jun 2011. Maklum balas Jurulatih, sistem kiraan agak cepat, sedikit mengelirukan dan perlu latihan cukup untuk penyesuaian sistem baru tersebut walaupon telah digunapakai semasa Kejohanan Piala Mas Khir Johari dan Karnival Pelapis Negeri di Kelantan tempoh hari.

Sekian.

Wednesday, May 25, 2011

Pemantauan PLN Memanah

Permantauan dan Perjumpaan bersama jurulatih dan atlit memanah Melaka pada 25 Mei 2011 jam 4.30 pm di Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh.

Seramai 8 atlit (4 lelaki dan 4 wanita) hadir pada latihan hari ini. Selebihnya terlibat latihan pusat untuk menyertai kejohanan MSSM yang akan diadakan seminggu lg di Terengganu.

Program latihan berjalan seperti biasa, kemudahan PLN semua dalam keadaan baik dan tersusun. Tiada lg laporan kehilangan peralatan setakat ini setelah PLN memperolehi kabin yang disumbangkan oleh sekretariat SUKMA Melaka.

Sekian,

Laporan disediakan oleh Lutfi Asiman (PPN Sukan Memanah)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 20, 2011

Pemilihan Atlit Sepaktakraw SUKMA Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Sepaktakraw Negeri Melaka telah mengadakan sesi pemilihan atlit sepaktakraw Melaka bagi membuat persiapan awal sempena Sukan Malaysia ke-14 di Pahang 2012.

Pemilihan diadakan selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Mei 2011 bertempat di Dewan Badminton MSN Seri Kota. Pemilihan terbuka kepada semua pemain diseluruh Negeri Melaka yang berumur di bawah 20 tahun memandang SUKMA di Pahang akan menganjurkan ketagori di bawah umur 21 tahun ke bawah. Pada hari pertama pemilihan diadakan seramai 12 peserta yang hadir yang bermula jam 8.30 mlm dan tamat jam 11 mlm.

Persatuan Sepaktakraw telah melantik pengurus pasukan iaitu En. Mokhtar Mohamed yang sebelum pernah menjadi pengurus SUKMA di Terengganu 2008 yang lalu dan telah memperolehi 1 emas dalam acara double. 2 orang Jurulatih juga dikekalkan iaitu En Abu Basrah Ahmad kini JSM PLN Melaka dan En. Zulkifli Mohamed.

Laporan dari Lutfi Asiman - SDO Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 19, 2011

Pemantauan PLN sukan olahraga Melaka

Pemantauan telah dijalankan pada 19 mei 2011 di Stadium Hang Jebat .seramai 15 atlit dan JSM telah hadir untuk latihan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 14, 2011

Kejohanan Olahraga Terbuka Melaka 2011(1 day)

Sebanyak 24 pasukan termasuk 3 pasukan jemputan iaitu Singapore,Medan dan Wing Singapore telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Seramai 316 atlit telah mengambil bahagian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 10, 2011

Kejohanan Sportexcel NSC/MILO/MTBC Tenpin Bowling (Melaka Leg)


Melaka menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Tenpin Boling Junior Circuit (Melaka Leg) 2011 bertempat di Melaka International Bowling Center, MITC, Ayer Keroh. Kejohanan pada 6-8 Mei 2011 dimulai dengan perbincangan En. Geroge Tan (MTBC) dengan SDO/Pengurus dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian. Tumpuan perbincangan adalah mengenai pendaftaran atlet/pengesahan ID no. peserta/pembayaran yuran penyertaan/taklimat pertandingan dan lain-lain, manakala jurulatih dan atlet mengadakan latihan "test lane".

Senarai nama peserta dari negeri Melaka:-
1. Raakesh A/L Arikrishnan
2. Seth Todeus B Sikim
3. Muhammad Alif Najmee B. Zailani
4. Puteri Nurshahira Bt Ahmad Shahridzal
5. Nur Syafiqah Bt Hashim
6. Luqman Al Hakim Tenang B Mohammad Suhaimi
7. Muhammad Ameer Hamzah B Zailani
8. Muhd Arif Azim B Mazridzuan
9. Sherman Ong Chien Shen
10. Muhammad Nazmi B Mohd Taupik
11. Farah Shalin Bt Amanah
12. Jason Syow Huay Tik
13. Muhammad Nursyamim B Akmal
14. Nabil Muzhaffar B Amir Hamzah

7 Mei 2011, jam 9 pagi pertandingan dimulai dengan kategori Boys Graded. Seramai 91 orang peserta mengambil bahagian dalam kategori ini. Jam 1 petang acara acara Boys Open dan Girls Open. Penyertaan kategori Girls Open seramai 34 orang manakala Boys Open 58 orang. Jam 5 petang adalah kategori Girls Graded, Girls U12 dan Boys U12. Bilangan penyertaan Girls Graded 44 orang, Boys U12 42 orang dan Girls U12 25 orang. Jumlah keseluruhannya adalah seramai 294 orang.

8 Mei 2011, pertandingan 2nd round dimulakan pada jam 9 pagi bagi kategori Girls' U12, Boys' U12, Girls' Graded, Boys' Graded, Girls' Open dan Boys' Open. Setelah penentuan kelayakkan seterusnya acara step-ladder finals dijalankan untuk 4 kategori iaitu Girls Graded, Boys Graded, Girls Open dan Boys Open.

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori:-
Boys U12
1. Alif Muqri B. Hazmi (KEL)
2. Al-Qayyum Shafiq B. Akmal (SEL)
3. Tun Ameerul Luqman Al Hakim (PRK)
4. Muhammad Arash B Pakhrurrazi (KUL)

Girls U12
1. Alia Nadira Bt Azmi (PAH)
2. Shazreen Nadia Teh (KUL)
3. Nurul Aina Syakirah Bt Khairl (PRK)
4. Nur Syazwani (KUL)

Girls Graded
1. Nur'ain (KED)
2. Nur Ain Izzani (SEL)
3. Nur Dayana (KUL)
4. Syazwani (PEN)

Boys Graded
1. Tun Amirul Ashraf (PRK)
2. Mohd Farhan (PRK)
3. M. Firdaus (SEL)
4. Abdul Hadi (PAH)

Girls Open
1. Nazira Nasir (PAH)
2. Nursyamimi (PRK)
3. Sh. Nur Fatimah (JOH)
4. Nur Amirah (PEN)

Boys Open
1. Syed M. Hafiz (JOH)
2. Omar Al-Hakeem (KUL)
3. M. Amirul (KED)
4. M. Afiq (KUL)

Tahniah kepada semua pemenang.