Friday, January 28, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH & AUDIT PERALATAN MEMANAH SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 (28 JANUARI 2011)



SEKITAR PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH & PENGAUDITAN PERALATAN MEMANAH SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA 2010

En Lutfi bin Asiman (SDO) bersama audit Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Sekretariat Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010 telah menjalankan pemantauan dan mengaudit peralatan memanah Sukan Malaysia yang kini digunakan oleh Atlet Sukan Malaysia dan Pelapis Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka pada 24 Januari 2011 di Pusat Latihan Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh Melaka.

Untuk makluman, semua peralatan memanah yang digunakan semasa Sukan Malaysia XIII, Melaka yang lalu akan diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri Melaka dalam satu majlis penyerahan peralatan Sukan Malaysia oleh Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam  Ketua Menteri Melaka yang dijangka pada 8 Februari 2011.

Monday, January 24, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING 'EVALUATION' (24 JANUARI 2011)

   En. Azidi & Jimmy Lee
 Sedang menunggu giliran untuk di "evaluate"

sedang beraksi
 Pendaftran peserta
Peserta berbaris untuk "Evaluation"
 Pengarah MSN Melaka, En. Ong Tai Chu bersama JPM, En. Marcus
En. George Tan bersama SDO Tenpin Boling Melaka (Pn. Hidayah)


Proses evaluation telah berjalan dengan lancar dan berjaya.  Penyertaan peserta amat menggalakkan.  Seramai 139 peserta yg terdiri daripada 95 orang lelaki dan 44 orang perempuan telah mengambil bahagian.  1 mesyuarat ringkas telah diadakan yang telah dipengerusikan oleh En. George Tan yang telah dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka (En. Thomas Ong), SDO (Hidayah), Panel Jurulatih (En. Azidi Ameran), JSM (En. Marcus Lee), JSM PBM (En. Jimmy Lee), AJK PBM (En. Kamaruzaman) dan bakal JSM (Cik Cheryl Cheong).  Pengerusi memaklumkan bahawa bantuan kewangan daripada pihak Pelapis MSN akan dipotong, sehubungan itu MSN Melaka/PBM dan USPTN perlu bekerjasama menyelaraskan program tenpin boling diperingkat negeri.  MSN negeri perlu menyalurkan bantuan kewangan disamping mewujudkan program pembangunan diperingkat negeri, pelantikan jurulatih juga perlu mendapat persetujuan daripada semua peringkat iaitu PBM/MSN Negeri dan USPTN.  Selain itu, beliau mencadangkan agar setiap pelatih dikenakan kutipan yuran.

Disediakan oleh : Pn. Nurhidayah binti Said Ibrahim

Friday, January 21, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK RENANG 'TID' (21 JANUARI 2011)











LAPORAN PENYERAHAN WANG EHSAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM JSM ABDUL RAHMAN SUKAN ANGKAT BERAT (21 JANUARI 2011)






Penyerahan Wang Ehsan sebanyak RM1000.00 diserahkan Pengarah MSN Melaka kepada En. Abdul Rahman waris Allahyarham JSM Angkat Berat USPTN Melaka selaku Jurulatih Melaka di Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010 yang telah kembali ke rahmahtullah pada 7 Disember 2010 akibat kemalangan. Majlis serba ringkas ini hadir sama En. Mohamed wakil dari Pihak Persatuan Angkat Berat Melaka

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK & GIMRAMA (18 JANUARI 2011)